Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Online eSurvey

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Kajian Kepuasan Pelanggan

Pengenalan

E-mail Print PDF


Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sedang menjalankan Kajian Pengurusan Organisasi di Pentadbiran ini yang turut meliputi aspek penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Kajian Mengenai Kepuasan Pelanggan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kepuasan hati pelanggan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai beberapa aspek penyampaian perkhidmatan.

Sehubungan itu, sukacita sekiranya Y.B. Dato’/ Y.Bhg. Dato’/ Tuan/ Puan dapat memberikan kerjasama dengan melengkapkan borang soal selidik ini dan memberikan pandangan dan cadangan tambahan sekiranya ada. Penemuan kajian ini amat berguna dalam membantu Pentadbiran ini untuk mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman di masa hadapan.

Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan hanya angka-angka umum sahaja akan dianalisis dan digunakan bagi tujuan penyediaan laporan.

Di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan dahulu dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Bahagian Pengurusan Korporat
Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7744000