Perutusan Ketua Jabatan

Written by Super User. Posted in Uncategorised

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di Doakan semoga sentiasa berada dalam kesejahteraan dan diucapkan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Baling. Laman Web ini menjadi penghubung di antara Pejabat Daerah dengan orang ramai.

Pejabat Daerah Baling mengharapkan supaya maklumat-maklumat yang disediakan melalui laman web ini, dapat membantu semua pihak yang ingin berurusan dengan pentadbiran ini. Pejabat Daerah Baling sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan penggunaan sistem internet dan elektronik. Pembangunan laman web ini menjadi simbol komitmen memperbaiki mutu perkhidmatan yang sedia ada.

Antara Maklumat yang terkandung didalam laman web ini adalah merangkumi latar belakang daerah dan pejabat daerah, senarai perkhidmatan, sistem aduan dan sebagainya. Melaluinya juga orang ramai boleh mengenali fungsi pejabat ini. Maklumat yang dipaparkan diharapkan dapat membantu orang ramai melakukan persiapan mendapatkan sesuatu perkhidmatan. Ini, sudah pasti akan membantu kedua-dua belah pihak mempastikan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan.

Saya yakin Laman Web ini akan dapat memberi pelbagai kemudahan kepada orang ramai khususnya kepada rakyat Baling amnya dapat memanfaatkan apa jua maklumat yang diberikan. Seterusnya saya mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen bagi tujuan memperbaiki lagi mutu Laman Web Pejabat Daerah Baling ini.

RSS

Scan QR KOD

 

Versi Mobile Web

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

229345
Hari IniHari Ini51
SemalamSemalam85
Minggu IniMinggu Ini189
Bulan IniBulan Ini1609
KeseluruhanKeseluruhan229345

Kemaskini

Tarikh
General update: 28-04-2016 06:39