Mulai November 2008, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah memperkenalkan satu lagi kemudahan kaedah Semakan Cukai Tanah dan Bayaran Cukai Tanah melalui perkhidmatan Bayaran Secara Internet (Online Payment) dengan menggunakan kad kredit atau secara FPX di Portal SUKHAT (Sistem Urusan Kutipan Hasil Tanah) PTG Kedah.
Sehubungan dengan itu pengguna yang mempunyai kemudahan Perbankan Internet daripada bank-bank seperti dinyatakan di bawah boleh menggunakan kemudahan pembayaran secara FPX. Bank-bank tersebut adalah:
1.Bank Islam Malaysia Bhd 2.CIMB Bank Bhd 3.Maybank Bhd 4.Public Bank Bhd 5.Hong Leong Bank Bhd
sila layari Laman Web PTG untuk bayaran cukai tanah online
Pada 9 Mei 2013 lalu, telah berlangsung pertandingan futsal peringkat akhir antara pasukan Pejabat Tanah Pendang dan Pejabat Daerah Pendang. Pertandingan tersebut diadakan bertempat di Gmee Futsal. Pertandingan bermula pada jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 7.30 petang. Pejabat Tanah Pendang telah dinobatkan sebagai Juara Perlawanan Futsal Peringkat Sukan 3 Jabatan Daerah Pendang.
Bermula bulan April lalu, berlangsungnya sukan 3 jabatan antara Pejabat Tanah Pendang, Pejabat Daerah Pendang dan Majlis Daerah Pendang. Sukan tersebut diadakan bertujuan memupuk semangat setia kawan dan mengeratkan silaturrahim antara staf ketiga-tiga jabatan. Pada 8 Mei lalu berlangsungnya perlawanan bola jaring antara Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah Pendang. Perlawanan bermula pada jam 5.30 dan berakhir pada jam 6.30 petang bertempat di Gmee Futsal.
Kemaskini pada 15-05-2013
Jumlah Hit : 7178
(sejak Mac 2010)
Pejabat Tanah Pendang
Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman
TEL: 04-7595729| FAX: 04-7592377| Emel: ptp@kedah.gov.my