A- A A+
     
 
 


Waktu Operasi

WAKTU PEJABAT 

(AHAD - RABU)

08:00pg hingga 05.00ptg

(KHAMIS)

08:00pg hingga 3:30ptg

01:00 hingga 02:00 REHAT

 

Waktu Kaunter Bayaran (Hasil)

(AHAD - RABU)

08:15pg hingga 12:30tgh

02:00ptg hingga 03:30ptg

(KHAMIS)

08:15 pg hingga 1:00tgh

 

Waktu Kaunter Pendaftaran

(AHAD - RABU)

08:00 pg hingga 12:30 tgh

2:00 ptg hingga 3:30ptg

(KHAMIS)

8:00 pg hingga 12:45 tgh

 

LATIHAN INDUSTRI PELAJAR IPTA/IPTS

SILA KEMUKAKAN PERMOHONAN AWAL

TEMPAT TERHAD

EMAIL: ptks@kedah.gov.my

 

 

 





 
  web designing hyderabad Menu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  HUBUNGI
  web development hyderabad
  Orang Ramai
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Perniagaan
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Warga Pejabat Tanah
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Galeri
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
 
  Pautan
Portal KedahPortal MyGovernment
http://www.halal.gov.my http://www.epbt.gov.my 
rss
 
 
  Bantuan
 
  Undian
Portal ini memberikan maklumat yang anda cari?



  Keputusan
 
 
Home  Sistem Online  

 

CUKAI TANAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Tidak dinafikan masih ramai pemilik-pemilik tanah terutamanya yang memiliki rumah di taman perumahan keliru berkenaan dengan pembayaran cukai tanah dan cukai pintu. Hakikat sebenarnya adalah cukai tanah dan cukai pintu adalah cukai yang berbeza dan kedua-duanya perlu dibayar pada setiap tahun di dua organisasi yang berbeza. Cukai tanah adalah sejenis cukai langsung yang dikenakan kepada setiap individu yang memiliki tanah dan perlu dibayar pada tiap-tiap tahun mengikut kadar yang telah ditetapkan di dalam Aturan Tanah Kedah. Cukai Tanah boleh dijelaskan pada setiap tahun bermula pada bulan Januari dan denda lewat pada kadar 5 peratus akan dikenakan jika pembayaran dibuat selepas 31 Mei.

Cukai tanah boleh dijelaskan di mana-mana pejabat tanah di seluruh Kedah atau boleh membuat semakan dan bayaran secara online dengan melayari "www.ptgkedah.gov.my". Perlu diingatkan bahawa cukai tanah adalah cukai yang wajib dijelaskan pada setiap tahun tanpa menunggu bil dihantar terlebih dahulu kerana bil-bil yang dihantar kepada pemilik-pemilik tanah hanyalah sebagai peringatan sahaja dan bukan menjadi satu kewajipan kepada Pentadbiran Tanah. Kegagalan untuk menjelaskan cukai ini pada setiap tahun akan menyebabkan jumlah tunggakan meningkat dan membolehkan tindakan undang-undang di ambil terhadap pemilik tanah.

Jika dilihat dari perspektif sejarah Pemerintahan Islam, cukai tanah sebenarnya sudah bermula semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab di mana perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan di dalam sistem tanah. Pada ketika itu, tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam. Beliau menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduk tidak akan dirampas tetapi ianya dikenakan cukai. Jadi marilah bersama-sama menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai tanah demi menjaga kestabilan ekonomi dan menjamin kelangsungan pembangunan di Negeri Kedah yang kita cintai.

 

IMPLIKASI TIDAK MENJELASKAN CUKAI TANAH

Sekiranya cukai tanah tidak dijelaskan pada setiap tahun, ini akan mengakibatkan jumlah tunggakan cukai tanah dan denda meningkat. Tuan-tuan tanah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 97 Kanun Tanah Negara 1965 oleh Pentadbir Tanah Daerah.

 

 

OBJEKTIF BAHAGIAN HASIL
 
  • Memberikan perkhidmatan yang cekap,berkesan dan cepat kepada orang ramai.
  • Mengawas dan menyelaras penghantaran semua Bil-Bil Cukai
  • Tanah, Parit dan Taliair sampai kepada tuan-tuan tanah pada bulan Disember setiap tahun.
  • Melayan semua pertanyaan - pertanyaan orang ramai dengan penuh sopan.
  • Memberikan penerangan yang cukup jelas kepada orang ramai supaya memahami fungsi Bahagian Hasil, Pejabat Tanah Kota Setar.
  • Memastikan Kutipan Hasil Semasa mencapai tahap yang maksima dan tindakan bagi meminimakan tunggakan hasil.
  • Mewujudkan suasana kerja yang harmoni diantara kakitangan.
  • Bahagian Hasil bagi menigkatkan produktiviti kutipan tahunan.
  • Memastikan maklumat cukai tanah dikemaskinikan pada setiap masa.

 

 

Proses Pengurusan Hasil


Borang 23A KTN

 

Borang 6A & 8A KTN

 

Statitik Hakmilik bagi Daerah Kota Setar
   
 
  ePerkhidmatan

Perkhidmatan Online
sistem online
sistem online

sistem online
sistem online
sistem online

sistem online
Single Sign-on

 
  Kod QR
  see also Promosi eKerajaan
 
  Carian / Quicklink
 
  Langgan Berita
 
  Info
Kemaskini pada 23-07-2014
Jumlah Hit : 33263   (sejak Januari 2011)
Pejabat Tanah Kota Setar
Tingkat 1, Kompleks Pentadbiran Tanah Dan Daerah Kota Setar, Persiaran Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, 05150, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
TEL: 04-7342551, | FAX: 04-7300659| Emel: ptks@kedah.gov.my
     rss
Paparan Terbaik dengan Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8 , Paparan Skrin 1024 x 768
Penafian || Dasar Privasi || Keselamatan || Maklumbalas / Komen
Hakcipta Terpelihara  Pejabat Tanah Kota Setar
WCAG 2.0 (Level AA)