| Apabila anda membeli rumah, sila dapatkan salinan surat hakmilik tanah berkenaan daripada pihak pemaju. Salinan surat hakmilik ini perlu ditunjukkan sewaktu hendak membayar cukai/hasil tanah untuk memastikan hakmilik sebenar bagi mengelakkan salah bayar cukai/hasil tanah orang lain. Jumlah cukai/hasil tanah perlu dijelaskan, berpandukan pada "Jumlah Bayaran Dikenakan" pada resit. Pembayaran secara cek/kiriman wang pos, sila patuhi panduan untuk memudahkan pembayaran disempurnakan dengan:- (BAHAGIAN DEPAN) * Tarikh semasa pembayaran diurusniagakan * Bayar atas nama "PENTADBIR TANAH........" mengikut di daerah pembayaran diurusniagakan. (Contoh: Jika bayaran dilakukan di Pejabat Tanah Kota Setar, tulis "PENTADBIR TANAH DAERAH KOTA SETAR" * Tulis perkataan Ringgit Malaysia dengan betul * Tandatangan (BAHAGIAN BELAKANG) * Nyatakan nombor telefon * Alamat surat menyurat pengiriman resit rasmi pos kepada:- Tuan Pentadbir Tanah Daerah Kota Ketar Pejabat Tanah Kota Setar, 05000 Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah Darul Aman. * Sila beri tempoh secukupnya untuk perjelasan cek dan pengiriman semula resit rasmi. |