1. APAKAH HARTA PUSAKA KECIL?
Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati yang mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Simati tidak meninggalkan wasiat ( di bawah Akta Wasiat 1959 );
b. Harta itu terdiri dari harta tak alih ( tanah ) dan harta alih seperti wang tunai dan sebagainya;
c. Jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM2juta pada tarikh permohonan dibuat mulai 1 September 2009.
2. SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON?
a. Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan,
ibubapa, Majlis Agama Islam iaitu Baitulmal dan sebagainya;
b. Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
c. Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
d. Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
e. Amanah Raya Berhad.