OBJEKTIF :
AKTIVITI : PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL
Menyerah borang permohonan harta pusaka kepada pemohon :
Borang A
Borang Faraid
Borang Nilai
Borang Persetujuan
Memberi penerangan tentang waris-waris yang berhak menerima pusaka.
Memberi penerangan cara mengisi borang-borang permohonan Pusaka Kecil.
Menerima borang permohonan harta pusaka berserta dokumen-dokumen berkaitan :
Borang Nilai (Asal)
Sijil Faraid (Asal)
Borang A (Asal)
Salinan Surat Mati
Salinan Kad Pengenalan Waris
Salinan Akaun Bank, Saham-Saham, Tabung Haji, Salinan Geran Kereta & Motosikal dan lain - lain jika ada
Carian Persendirian Hak Milik
Daftar Fail dan merekod butir-butir permohonan.
Mengemukakan Borang B (Mahkamah 390-Pin 1/93) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menerima Borang C dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan rekodkan dalam fail.
Fail-fail yang telah ada borang C direkod dan dihantar ke Pejabat Pusaka Kecil Kedah Selatan untuk perbicaraan dan keputusan.
Menerima perintah pembahagian Harta Pusaka (Borang E dan T), Hakmilik dan salinan resit cukai tanah, daftar dan mengeluarkan resit urusan.
Menyemak Perintah Harta Pusaka (Borang E dan T) dengan hakmilik, bahagian dan nama simati adalah berbetulan.Sekiranya hakmilik, bahagian dan nama simati tidak betul, pembetulan hendaklah dibuat di Pejabat Pusaka Kecil.
Membuat kemasukan turun milik (Borang E dan T).
Menyerahkan Borang E dan T dan hakmilik kepada PPTD II untuk kelulusan.
Menyisih Borang E dan T, hakmilik dan dokumen verifikasi.Menyediakan pelan baru sekiranya Hakmilik SP dan SPK atau hakmilik bertukar lot.
Menyediakan borang pengesahan terimaan dokumen ketika menyerah hakmilik kepada pemohon.
Menyimpan Borang E dan T, dokumen verikasi dan bukti penyerahan hakmilik untuk dijilid.