A- A A+
     
 
 


Waktu Operasi

Pentadbiran :
Ahad - Rabu
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 5.00 ptg

Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 3.30 ptg

Seksyen Kewangan (kaunter) :
Ahad hingga Khamis
8.00 pagi - 12.30 tgh
2.00 ptg - 3.30 ptg

Perumahan (Kaunter ):
Ahad hingga Khamis
8.00 pagi - 3.30 ptg



Kajian Impak Penggunaan ICT



Kajian Kepuasan Pelanggan Online



Hari Kelepasan AM Negeri Kedah 2014





 
  web designing hyderabad Menu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Hubungi
  web development hyderabad
  web development hyderabad
 
  Pautan
Portal KedahPortal MyGovernment
http://www.halal.gov.my http://www.epbt.gov.my 
rss
 
  Tender/Sebut Harga
 
 
  Bantuan
 
  Undian
Anda suka dengan penampilan baru portal ini?




  Keputusan
 
 
Home  Bahagian Kerajaan Tempatan  
 
 

                            LATAR BELAKANG KERAJAAN TEMPATAN

Malaysia telah mengamalkan sistem kerajaan yang terbentuk di tiga peringkat iaitu Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Sistem Kerajaan Tempatan merupakan satu jentera pentadbiran dan pengurusan pembangunan yang penting di peringkat akar umbi iaitu satu peringkat yang paling rapat dengan Kerajaan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi takrifan mengenai Kerajaan Tempatan dengan menyatakan bahawa Kerajaan Tempatan ini adalah sebagai ‘a political subdivision of a nation or a state (in a federal system) which is constituted by law and substantial control of local affairs, including the power of impose taxes or exact labour for prescribed purposes. The governing body such an entity is elected or one world locally selected.’

Kerajaan Tempatan adalah pembahagian geografi yang tidak tertakluk kepada kedaulatan pemerintahan Agong atau Sultan dalam sesebuah negara yang berdaulat atau separuh berdaulat melaksanakan kuasa pemerintah dalam sesebuah kawasan tertentu. Kebanyakannya mempunyai kedudukan yang sah dari segi undang-undang yang bermakna ianya boleh didakwa dan mendakwa serta boleh melibatkan diri dalam sebarang perjanjian atau kontrak.

Oleh kerana Kerajaan Tempatan dianggap sebagai alat demokrasi di peringkat akar umbi yang berkesan, Laporan Suruhanjaya Penyiasat DiRaja telah menggariskan beberapa konsep Kerajaan Tempatan. Antaranya adalah:

  1. Sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal tempatan yang telah diwakilkan kuasa kepadanya oleh sesebuah kerajaan yang tertinggi sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

  2. Kerajaan Tempatan adalah bertaraf lebih rendah daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan tertakluk di bawah kawalan kerajaan yang tertinggi daripadanya.

  3. Kerajaan Tempatan mempunyai Ahli-Ahli Majlis sama ada secara terpilih atau dilantik.

  4. Kerajaan Tempatan merupakan badan yang berasingan dari kerajaan yang tertinggi yang mempunyai kuasa untuk mendakwa, didakwa serta boleh membuat kontrak dan memiliki harta.

  5. Mempunyai kuasa dalam kawasan tertentu dan berkemampuan memberi kemudahan serta perkhidmatan di dalam kawasan tersebut.

Pejabat Setiausaha Kerajaan merupakan salah sebuah badan kerajaan yang telah ditubuhkan sejurus selepas kemerdekaan Malaysia. Tanggungjawabnya adalah tertakluk dalam hal-hal pentadbiran negeri termasuklah dalam membuat keputusan-keputusan penting dan mengawasi perjalanan pentadbiran negeri secara keseluruhannya. Badan ini bernaung di bawah kuasa Y.A.B. Menteri Besar dan pentadbiran eksekutif dibuat oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan adalah salah satu bahagian di dalam organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Dalam Perlembagaan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi dari segi perundangan, ia adalah tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan. Bahagian Kerajaan Tempatan adalah sebagai urusetia dan penghubung di peringkat negeri bagi menyelaras segala dasar peraturan dan perkara-perkara yang diputuskan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Di antara bidang kuasa dan tanggungjawab Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman termasuklah mengawal serta menyelaras aktiviti-aktiviti pembangunan, pentadbiran undang-undang kewangan dan mengumpul pelbagai maklumat berhubung Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Kedah Darul Aman.

Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman dinaungi oleh Y. Bhg. Dato’ Dato' Haji Khazali Bin Din.,DSDK.,AMK.,BCK.,ASK. sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah Darul Aman dan diketuai oleh Tuan Haji Syed Shaharuddin b. Syed Abdullah.,AMK.,AMN.,BCK. sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan). Beliau dibantu oleh empat pegawai termasuk seorang Pegawai Sistem Maklumat dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang masing-masing berperanan penting untuk mengawalselia urusan pentadbiran dan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan, kewangan Pihak Berkuasa Tempatan, perancangan dan pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan serta pelaksanaan sistem e-PBT di Pihak Berkuasa Tempatan.

 

Seramai 17 orang kakitangan sokongan yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas di semua 6 unit yang berfungsi di Bahagian Kerajaan Tempatan iaitu Unit Pentadbiran, Unit Dasar dan Perundangan, Unit Korporat dan Pemantauan, Unit Pengurusan Kewangan, Unit Pembangunan dan Unit e-PBT.

   
 
  ePerkhidmatan

Perkhidmatan Online
sistem online
sistem online

sistem online
sistem online
sistem online

sistem online
Single Sign-on

 
  Kod QR
  see also Promosi eKerajaan
 
  Carian / Quicklink
 
  Langgan Berita
 
  Info
Kemaskini pada 28-08-2014
Jumlah Hit : 913966   (sejak Nov 2009)
Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman 05503 Alor Setar, Kedah.
TEL: 04-7744000| FAX: 04-7744166| Emel: portal@kedah.gov.my
     rss
Paparan Terbaik dengan Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8 , Paparan Skrin 1024 x 768
Penafian || Dasar Privasi || Keselamatan || Maklumbalas / Komen
Hakcipta Terpelihara  Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
WCAG 2.0 (Level AA)