A- A A+
     
 
 


Pengumuman





 
  web designing hyderabad Menu
 
 
 
 
 
 
  Direktori
  web development hyderabad
  Orang Ramai
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Penjawat Awam
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
 
  Pautan
Portal KedahPortal MyGovernment
http://www.halal.gov.my http://www.epbt.gov.my 
rss
 
 
  Bantuan
 
  Undian
Portal ini memberikan maklumat yang anda cari?



  Keputusan
 
 
Home  Perkhidmatan  Warga Tua & Keluarga a Perkhidmatan Komuniti Warga Tua & Keluarga
 dengar   cetak   pdf   emelkan

Perkhidmatan Warga Emas

 




Definisi Warga Emas

Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini  berpandukan kepada takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna.



Perkhidmatan Luar

Perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini ialah:

  • Bantuan Kewangan
  • Bantuan Alat Tiruan/Sokongan
  • Pusat Jagaan Harian Warga Emas
  • Unit Penyayang Warga Emas

 

Bantuan Kewangan

Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM300 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

Kelayakan Bantuan :

  • berumur 60 tahun ke atas;
  • tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup; dan
  • tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.

Cara Pemohonan

Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal.  Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email.  Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan /  Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di bahagian Direktori di portal web ini.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan kad pengenalan  pemohon, salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), gambar berukuran passport dan dokumen sokongan lain (jika ada).


Bantuan Alat Tiruan

Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT / AS)

  • Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, callipers, tongkat tangan / ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan peralatan lain yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
  • Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.

 

Perkhidmatan Institusi

  • Rumah Seri Kenangan (RSK)
  • Rumah Ehsan (RE)

 

Sambutan Hari Warga Tua Kebangsaan

  • Hari Warga Tua Kebangsaan

    Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Tua Antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Tua Kebangsaan.


Akta Berkaitan:

  • Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183)
  • Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)


Dasar / Pelan Yang Berkaitan:

  • Dasar Warga Tua Negara
  • Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara


Kaedah Berkaitan:

  • Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983
  • Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981
  • Kaedah-Kaedah Rumah-Rumah Pesakit Melarat 1978


Unit Penyayang Warga Emas


 

Pengenalan

Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) merupakan satu perkongsian bijak antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan Pertubuhan Sukarela Kebajikan iaitu Majlis Pusat Kebajikan  Semenanjung Malaysia (MPKSM).

Objektif

Objektif program UPWE ialah untuk memberi kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan kesihatan  di hospital atau klinik.


Kumpulan sasar

Warga emas yang tinggal bersendirian atau denga keluarga yang kurang kemampuan.

 

Cara Pelaksanaan

  • Dilaksanakan oleh MPKSM dengan pemantauan oleh pegawai JKM.
  • Warga emas yang memerlukan perkhidmatan dikenal pasti oleh pihak MPKSM dengan kerjasama Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah.


Kemaskini Terakhir Pada : 2011-03-27

 


 
 

 

 
 
 
 
  ePerkhidmatan

Perkhidmatan Online
sistem online
sistem online

sistem online
sistem online
sistem online

sistem online
Single Sign-on

 
  Kod QR
  see also Promosi eKerajaan
 
  Carian / Quicklink
 
  Langgan Berita
 
  Info
Kemaskini pada 08-07-2013
Jumlah Hit : 2244   (sejak Mac 2011)
Pejabat Kebajikan Masyarakat Langkawi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Langkawi, No 12 & 13 Kompleks Perniagaan Kelibang, Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi.
TEL: 04-9666325| FAX: 04-9672579| Emel: pkmdl@kedah.gov.my
     rss
Paparan Terbaik dengan Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8 , Paparan Skrin 1024 x 768
Penafian || Dasar Privasi || Keselamatan || Maklumbalas / Komen
Hakcipta Terpelihara  Pejabat Kebajikan Masyarakat Langkawi
WCAG 2.0 (Level AA)