A- A A+
     
 
 








 
  web designing hyderabad Menu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Orang Ramai
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Perniagaan
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Penjawat Awam
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  HUBUNGI
  web development hyderabad
 
  Pautan
Portal KedahPortal MyGovernment
http://www.halal.gov.my http://www.epbt.gov.my 
rss
 
 
  Bantuan
 
  Undian
Portal ini memberikan maklumat yang anda cari?



  Keputusan
 
 
Home  Profail Daerah  
 
 

 PDY
Latar Belakang Pejabat Daerah dan Tanah Yan
Daerah Yan merupakan salah sebuah dari 12 buah Daerah yang terdapat dalam Negeri Kedah Darul Aman.  Daerah Yan diperkatakan telah dibuka pada tahun 1906/07 bersamaan1324 hijrah. 

Adalah difahamkan’Yan' yang disebut pada hari ini sebenarnya lebih dikenali dengan sebutan 'Yen'. 'Yen' dalam bahasa siam bermaksud 'sejuk' dan berkemungkinan nama tersebut diambil bersempurna dengan nama yang diberi kepada sebatang sungai yang terdapat di Pekan ini. 

Pekan Yan yang menjadi tumpuan utama kepada pembukaan Daerah Yan merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Yan, bermula sejak awal abad ke-20 lagi.  Menurut fakta sejarah, kawasan Yan adalah anugerah daripada Sultan Kedah kepada Syed Othman Al-Qadri bagi menjalankan tugas-tugas memungut cukai dan mentadbir Daerah tersebut.


Apabila Inggeris campur tangan di Kedah pada tahun1909, Daerah Yan telah diwujudkan secara rasmi dan seorang Pegawai Daerah telah dilantik buat pertama kalinya dan Tengku Mansor Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid telah dilantik ke jawatan tersebut.  Ketika itu, tugas utama Pegawai Daerah ialah sebagai Pentadbir dan Hakim atas kesalahan kecil serta Pemungut Cukai.


Pentadbiran awal ditempatkan di sebuah bangunan kayu yang terletak di Jalan Pegawai, Yan.  Pejabat Tanah Yan diletakkan bersebelahan dalam satu bangunan dengan Pejabat Daerah yang mana ketua bagi kedua jabatan tersebut adalah Tuan Pegawai Daerah sendiri.Seterusnya pada tahun 1970, Pejabat Daerah dan Tanah Yan telah dipindahkan ke sebuah bagunan batu dua tingkat, terletak di Jalan Ruat. 

Pejabat Tanah Yan ditempatkan di tingkat bawah untuk memudahkan segala urusan.  Pegawai Daerah yang juga Pentadbir Tanah Yan ketika itu adalah Tuan Haji Ahmad bin Abdullah.


Setelah beroperasi selama lebih suku abad (26 tahun), Pejabat Daerah dan Tanah Yan kini berpindah ke sebuah bangunan dua tingkat di Kawasan Sungai Udang iaitu 2 km dari Pekan Yan, pada bulan Jun 1997. Di bangunan ini Pejabat Tanah tetap di tingkat bawah juga.   Pentadbir Tanah ketika itu ialah Tuan Haji Wan Mustaffa bin Wan Mahmud iaitu Pegawai Daerah Yan ketika itu.

Daerah Yan merupakan salah sebuah Daerah yang terkecil di dalam Negeri Kedah, bersempadankan Daerah Kota Setar disebelah Utara, Daerah Pendang disebelah Timur dan Daerah Kuala Muda disebelah Selatan bersempadan Gunung Jerai (setinggi 3992 kaki dari paras laut) iaitu gunung yang tertinggi di Negeri Kedah dan ianya merupakan salah sebuah pusat peranginan yang terdapat di negeri ini.

Disamping itu terdapat empat buah pulau kecil di persisiran pantai terdiri dari Pulau Bunting, Pulau Song-song, Pulau Telor dan Pulau Bidan. Di Pulau Bidan terdapat pula Akuarium Laut yang sangat menarik untuk dikunjungi oleh pelawat dan pelancong. 

              Pihak Berkuasa Tempatan

Daerah Yan ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Yan merupakan salah satu organisasi pentadbiran dan perkhidmatan di Peringkat Daerah yang berperanan melaksanakan program pembangunan didalam kawasannya.

Justeru itu, kemajuan sesuatu kawasan dibawah pengawasan dan kawalan Majlis Daerah adalah bergantung kepada keupayaan Majlis itu sendiri. Andainya Majlis berjaya melaksanakan fungsinya dengan berkesan maka kawasan Majlis akan berkembang maju seterusnya kearah pencapaian yang lebih cemerlang dalam Dasar Pembangunan Nasional.


Majlis Daerah Yan ditubuhkan pada 1 Mac 1979 berikutan penyusunan semula Penguasa – Penguasa Tempatan selaras dengan kehendak AKTA 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tiga Majlis Tempatan yang disatukan menjadi Majlis Daerah Yan adalah Majlis Tempatan Yan, Majlis Tempatan Guar Chempedak dan Majlis Tempatan Simpang Tiga Sungai Limau.

Yang DiPertua Majlis Daerah Yan yang pertama ialah Encik Mohd. Khir bin Man, BCK., pada 01 Oktober 1977 hingga 30 Jun 1982. Selaras dengan perkembangan yang sedang berlaku dalam kawasan Majlis Daerah Yan, tanggungjawab dan bebanan semakin bertambah. Keluasan Pentadbiran Majlis Daerah Yan ialah 246.07 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk seramai 62,519 orang.

 

Nama
 Jawatan
 Alamat:
 No.Tel:
 

Encik Zahari b. Ismail, AMK BCK (Gred 54).
Yang Di Pertua MDY
Majlis Daerah Yan, 06900 Yan, Kedah.
(P) 04-4655745 , 04-4655990 (F)

 Nama
 Jawatan
 Alamat:
 No.Tel:
:
:
:

Encik Faisal Rizal Bin Mohammad
Setiausaha
Majlis Daerah Yan, 06900 Yan, Kedah.
04-4655745 (P), 04-4655990

 

   
 
  ePerkhidmatan

Perkhidmatan Online
sistem online
sistem online

sistem online
sistem online
sistem online

sistem online
Single Sign-on

 
  Kod QR
  see also Promosi eKerajaan
 
  Carian / Quicklink
 
  Langgan Berita
 
  Info
Kemaskini pada 03-07-2014
Jumlah Hit : 5367   (sejak Januari 2011)
Pejabat Daerah Yan
Pejabat Daerah Yan, 06900 Yan, Kedah Darul Aman
TEL: 044655234/04 46| FAX: 044655936| Emel: pdy@kedah.gov.my
     rss
Paparan Terbaik dengan Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8 , Paparan Skrin 1024 x 768
Penafian || Dasar Privasi || Keselamatan || Maklumbalas / Komen
Hakcipta Terpelihara  Pejabat Daerah Yan
WCAG 2.0 (Level AA)