Home Perkhidmatan Panduan Permohonan Borang Permohonan Rumah Kos Rendah
PENGENALAN
Setiap pemohon yang ingin memiliki rumah kos rendah haruslah mendapatkan borang permohonan di Pejabat Daerah Yan dengan nilai RM2.00. Pemohon harus sertakan bersama kad pengenalan semasa permohonan.
Borang Permohonan Rumah Kos Rendah boleh didapati di Pejabat Daerah Yan atau di Wisma Darul Aman, Bahagian Perumahan .
SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Pemohon belum memiliki rumah kos rendah sahaja yang layak memohon.
3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan.
DOKUMEN TAMBAHAN
Dokumen tambahan yang perlu disertakan semasa penghantaran borang adalah :
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2. Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri Pemohon.
3. Salinan Penyata Gaji Pemohon ( 3 bulan ).
4. Salinan Penyata Gaji Suami/Isteri Pemohon ( 3 bulan )
PENGHANTARAN BORANG
Borang yang siap diisi perlu disahkan oleh Ketua Jabatan bagi pemohon yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Manakala bagi kakitangan swasta, akuan sumpah diperlukan. Setelah selesai, borang perlu dipos atau dihantar terus ke Bahagian Perumahan, Wisma Darul Aman. Berikut adalah alamat Bahagian Perumahan bagi Negeri Kedah :
Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Bahagian Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman
Jalan Tunku Bendahara
05250 Alor Setar
Kedah Darul Aman
ePerkhidmatan
Pengguna :
Promosi eKerajaan
Carian / Quicklink
Langgan Berita
Info
Kemaskini pada 04-11-2012
Jumlah Hit : 3470
(sejak Januari 2011)
Pejabat Daerah Yan
Pejabat Daerah Yan, 06900 Yan, Kedah Darul Aman
TEL: 044655234/04 46| FAX: 044655936| Emel: pdy@kedah.gov.my