A- A A+
     
 
 


AMALAN SENYUMAN

 

 PEJABAT DAERAH SIK,

KOMPLEKS PEJABAT DAERAH SIK

08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN

Tel : 04-4695231/885 Fak : 04-4695682

 

Laman Web Pejabat Daerah Sik http://webjabatan.kedah.gov.my/pds.php

email : pds@kedah.gov.my





  • DAERAH SIK
  • Profail Jabatan
  • Dasar Utama
  • Piagam
  • Perkhidmatan
  • Direktori
  • Diari Jabatan
  • Soalan Lazim
 
  web designing hyderabad Menu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Hubungi
  web development hyderabad
  Orang Ramai
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Perniagaan
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Penjawat Awam
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
 
  Pautan
Portal KedahPortal MyGovernment
http://www.halal.gov.my http://www.epbt.gov.my 
rss
 
 
  Bantuan
 
  Undian
Portal ini memberikan maklumat yang anda cari?



  Keputusan
 
 
Home  BERITA MENARIK  


 

KEMPEN SEMBAHYANG DAN PENGHAYATAN AL-QURAN

DAERAH SIK

OBJEKTIF DAN TUJUAN

Mengeratkan hubungan dengan Allah selaku Tuhan, Tuan dan Kerajaan yang memiliki dan memerintah seluruh alam ghaib dan amal nyata serta berusaha menolong agama Allah bagi melayakkan diri untuk  mendapatkan pertolongan  dijanjikan oleh Allah (Al-Haj : 41).

Meninggikan lagi kefahaman dan kesedaran semua pihak terhadap matlamat dan tugas hakiki insan di dunia ini dalam hubungan dengan Allah dan manusia.

Untuk memperingati dan memahami sejarah penerimaan perintah sembahyang dari Allah kepada manusia sejagat melalui Nabi Muhammad SAW pada malam Israk dan Mikraj serta menghayati pengajaran-pengajaran besar di sebaliknya.

Memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan terhadap konsep, dasar dan tuntutan tauhid, takbir dan ibadah dalam semua bidang kehidupan lahir dan batian sebagaimana terkandung di dalam perbuatan dan bacaan sembahyang.

Memasyarakat methodologi pendidikan dan pembangunan insan cemerlang sepanjang hayat melalui intitusi ibadah sembahyang fardhu dan sunat.

Meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan institusi sembahyang jemaah dan jumaat dalam pendidikan dan pembangunan individu, keluarga dan masyarakat.

Memperkasakan ibadah sembahyang individu dan masyarakat agar ianya benar-benar menjadi pencegah gejala fahsya' dan mungkat di dalam dan di luar dan seterusnya menjadi pembasmi gejala-gejala sosial secara umum untuk menjamin keimanan dan keselamatan Negara di dunia dan juga di akhirat.

Membuat kajian  terperenci untuk mengatasi masalah sembahyang fardhu harian dan mingguan di kalangan pendudk-penduduk desa dan bandar, para pelancong  atau musafir, para remaja, orang-orang tua, penuntut sekolah, pemandu bas dan teksi dan lain-lain lagi.

Untuk meningkatkan lagi jumlah orang yang pandai  sembahyang jenazah dan sembahyang di masa menghadapi kesusahan/sakit. Membuat R@D untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi institusi masjid dan surau serta amalan sembahyang jemaah dan jumaat.

Untuk melahirkan generasi mukmin yang beriman dan bertakwa yang sentiasa prihatin mengambil berat tentang hubungan dengan Allah melalui ibadat Sembahyang serta dapat memimpin keluarga dan masyarakat menuju Allah.

ASAS RUJUKAN
Mengawal dan menyelia keseluruhan perjalanan aktitivi kempen bulan sembahyang. Merancang aktiviti program kempen bulan sembahyang. Menyediakan modul aktiviti kempen bulan sembahyang. Mengenalpasti golongan sasaran kempen bulan sembahyang. Merancang dan mengumpul dana untuk aktiviti program bulan sembahyang. Menilai keberkesanan Program Kempen Bulan Sembahyang serta merangka penambahbaikan aktiviti program sembahyang.

  SEKRETARIAT KEMPEN SEMBAHYANG DAN PENGHAYATAN AL-QURAN

DAERAH SIK 2010

 PENGERUSITUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI SAID.,DPSM.,AMK.,BCK.,ASK - PEGAWAI DAERAH SIK
 TIMBALAN PENGERUSI
TUAN SHEIKH MOHD. HAIZAN BIN HAMZAH -PEGAWAI AGAMA DAERAH SIK
 SETIAUSAHA 1
ENCIK ABD. AZIZ BIN HASSAN,BCK. - KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH SIK(P) SIK
 SETIAUSAHA 2
USTAZ ISMAIL BIN HAJI MAHMUD - AHLI MAJLIS DAERAH SIK
 BENDAHARITUAN HAJI MUKHTAR BIN ISHAK - PEGAWAI EKSEKUTIF KANAN PEJABAT DAERAH SIK
 PENERANGAN DAN SERANTA
TUAN HAJI ABD. RASHID BIN ABDULLAH - AHLI MAJLIS DAERAH SIK
 AHLI JAWATANKUASA

ENCIK FAUDZI BIN AHMAD.,BCK. - KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH (TANAH)  SIK

TUAN HAJI ABD. RASHID BIN MAD YUSUF - PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BALING/SIK

DR HAJI OTHMAN BIN HAJI SIRU - PEGAWAI KESIHATAN DAERAH SIK

DSP HAJI ZAIDONG BIN MUSTAFFA - KETUA POLIS DAERAH SIK

PUAN NURUL FAZLIYANI BINTI HASSAN - PEGAWAI  KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH SIK

ENCIK ZAILAN BIN DAUD - PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH SIK PUAN

DR. MADIHAH BINTI AHMAD - PENGARAH HOSPITAL DAERAH SIK

EN. ROSLI BIN BAHARUM - AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN DAERAH SIK (AADK)

ENCIK ABDUL RAHAM BIN SHAARI - PENGHULU MUKIM SIK

ENCIK SHOIB BIN HAJI ISMAIL - PENGHULU MUKIM SOK

ENCIK AZAHARI BIN SHAFIE - PENGHULU MUKIM JENERI

ENCIK MOHD. FADZLI BIN ALI YASAH - PENGHULU MUKIM TELOI

ENCIK ROSLI BIN MANSOR - INSPEKTOR KESIHATAN MAJLIS DAERAH SIK

USTAZ MOHD. ISA BIN SHAFIE.,JP - AHLI MAJLIS DAERAH SIK

ENCIK  MOHAMMAD RASHID BIN ABD. RAHMAN - AHLI MAJLIS DAERAH SIK

ENCIK ROFEDI BIN SULAIMAN - AHLI MAJLIS DAERAH SIK

PUAN ENSHAH BINTI HAJI YAACOB - AHLI MAJLIS DAERAH SIK

USTAZ YAHAYA BIN HARUN - PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH SIK

   PROGRAM PENGHAYATAN AL-QURAN

Mengadakan sesi bacaan Al-Quran selama 30 minit waktu bekerja pada setiap hari.

Menggalakkan masjid-masjid, sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan menghayati Al-Quran.

Kelas Pemulihan Al-quran untuk orang dewasa di masjid-masjid seluruh Sik seminggu sekali.

 

 TAKWIM  KEMPEN SEMBAHYANG

 AKTIVITI DI MASJID.

Kempen di masjid-masjid pada setiap minggu melalui khutbah dan ceramah. Mengarahkan masjid-masjid mengadakan program kempen sembahyang bagi anak-anak kariah. Pengisiannya seperti solat hajat, bacaan yasin, qiamullalil, tazkirah solat dan klinik solat.

AKTIVITI DI PONDOK

Mengadakan kursus  intensif sembahyang sebulan sekali untuk remaja-remaja dan mereka yang berminat selama 3 hari 2 malam. Agihan minimum 10 orang remaja setiap bulan di lima buah pondok dalam daerah sik dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak sekretariat.

AKTIVITI JABATAN

Setiap khamis seminggu sekali sembahyang asar secara berjemaah dan 10 minit tazkirah mengenai solat di Dewan Gemilang Daerah Sik. Setiap minggu pertama setiap bulan jam 9.00 pagi sembahyang sunat Dhuha akan diadakan di Dewan Gemilang Sik.

AKTIVITI UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH.

Mengadakan Kem Al-Falah perdana 3 hari 2 malam. Setiap sekolah mestilah menghantar 10 orang murid sebagai peserta, kekerapan program ialah 4 bulan sekali. Program ini adalah himpunan bersama rakan-rakan solat yang mengikuti kursus pendek dan dipondok-pondok dan di masjid-masjid.

AKTIVITI UNTUK SEKOLAH KEBANGSAAN.

Kempen solat di peringkat sekolah rendah dengan peruntukan masa lima minit tazkirah mengenai kepentingan solat pada himpunan mingguan. Guru KAFA diberi tanggungjawab mengatur jadual sembahyang untuk murid-murid sekolah rendah sesi petang.

PASAR MALAM ISLAM CONTOH.

Pasar malam Islam Contoh bertempat di padang awam Sik 3 hari dalam setahun. Mewajibkan penganjur pasar malam menyediakan tempat sembahyang kepada pengunjung.

IHYA RAMADAN

Sembahyang Terawih bersama peniaga pasar ramadhan 2 kali. Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Pejabat Daerah Sik dan Tazkirah sebelum berbuka puasa. Sembahyang Terawih di dewan Gemilang Majlis Daerah Sik melibatkan semua jabatan-jabatan kerajaan.

PROGRAM ZIARAH HOSPITAL

Aktiviti di hospital dan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pesakit cara berwuduk, tayamum dan menunaikan  sembahyang ketika uzur. Mengadakan kursus pendek kepada staf hospital bagi tunjuk ajar kepada pesakit dan pihak sekretariat akan memantau 2 kali dalam sebulan.

PROGRAM BERSAMA PEMANDU-PEMANDU TEKSI/BAS

Mengadakan kempen sembahyang kepada pemandu-pemandu teksi , bas mara dan bas ekpress melalui stiker dan iklan.

PROGRAM PERMATA KASIH

Memberi ceramah kepada pesalah-pesalah dalam tahanan IPD. 

KEMPEN SEMBAHYANG

 KADAR DOSA ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

SUBUH - Ia akan disiksa selama 60 tahun didalam neraka.

ZUHUR - Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam

ASAR - Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah

MAGHRIB - Seperti berzina dengannya ibunya atau bapanya

ISYAK- Allah tidak reda ia hidup dibuminya dan digesa agar mencari bumi lain

SESIAPA YANG BERMUDAH-MUDAH DENGAN SEMBAHYANG

Mati dengan ketiadaan Islam

Menyesal selama-lamanya

Neraka Jahanam tempat kekal abadi

Neraka Hawiyah tetap menerima azab yang bersangatan

Dijauhkan rahmat Allah dihalau dari bumi Tahun (mendapat kehinaan atas muka bumi)

Disuratkan diatas mukanya "Orang ini keluar dari rahmatKu maka aku berlepas daripadanya"

Sesiapa meninggalkan sembahyang satu waktu ditulis namanya dipintu neraka

SIKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG KETIKA DI DUNIA

Dikurangkan keberkatan umurnya

Rezekinya sempit tidak ada tempat disisi agama

Doanya ditolak, hilang cahaya soleh di wajahnya, amal kebajikan yang dilakukan tidak diberi pahala

SIKSA KETIKA SAKRATULMAUT

Ia menghadapi sikratulmaut dalam keadaan hina,

matinya menderita kelaparan, matinya dalam keadaan sangat haus walau diberi minum sebanyak 7 lautan air laut.

KELEBIHAN ORANG YANG MENUNAIKAN SEMBAHYANG

Dimurahkan rezekinya dan kehidupannya setiasa aman.

Orang yang sentiasa didalam Rahmat Allah.

Cahaya Soleh terpancar di muka orang yang sembahyang.

KEMPEN HAYATI AL-QURAN

Al-Quran muncul pada hari kiamat dan memberi syaffaat kepada pembacanya.

Menjadi pembela kepada pembacanya di Padang Mahsyar kelak.

Hati sentiasa tenang dan dimurahkan rezeki.

Allah akan mempermudahkan segala pekerjaannya.

Kata Saidina Osman bin Affan R.A. "Katanya Rasullulah bersabda sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya.

Orang yang membaca Al-Quran sedangkan ia sudah mahir dijanjikan ia sentiasa bersama Malaikat. Adapun orang yang membaca Al-Quran dengan susah payah tergagap-gagap dijanjikan kepadanya dua pahala iaitu satu pahala untuk bacaannya dan satu lagi untuk kesungguhannya (Maksud Hadis).

Pahala membaca Al-Quran setiap satu huruf dijanjikan sepuluh ganjaran pahala.

 

"SINARILAH RUMAH-RUMAH KAIM DENGAN MENUNAIKAN SEMBAHYANG DAN MEMBACA AL-QURAN

(MAKSUD HADIS)

 KERATAN AKHBAR WARTA DARUL AMAN

KEMPEN BULAN SEMBAHYANG WAJAR DITERUSKAN

ALOR SETAR - Bulan Sembahyang yang telah diperkenalkan oleh Pejabat Daerah Sik mendapat perhatian dalam Sidang Dewan baru-baru ini. "Kempen Bulan Sembahyang seperti juga Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan, bila habis bulan janganlah pula tinggalkan sembahyang. " kata Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi YB. Dato' Mohamed Taulan Md. Rasul. Menurutnya, sebagai contoh di pusat penempatan banjir, dianjurkan solat berjemaah di mana semua petugas banjir ikut sama sembahyang berjemaah. Juga diadakan kempen cara mengambil wuduk dengan betul serta melakukan ibadat sembahyang sunat yang banyak terdapat. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan YB. Haji Yahaya Abdullah (PAS-Jeneri) mengenai Bulan Sembahyang yang dirintis oleh Pejabat Daerah Sik dan meminta Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa  bertindak bagi membasmi gejala sosial dan kadar jenayah.

Katanya, jawatankuasa bertindak bagi tujuan yang dimaksudkan telah dilaksanakan dengan melantik beberapa jawatankuasa bagi mengawasi gejala sosial tetapi belum diwartakan. Namun sebagai langkah mengatasi masalah gejala sosial ini Kerajaan Negeri turut menganjurkan beberapa kempen seperti Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan dan Kem Bina Sahsiah melibatkan pelajar peringkat Sekolah rendah, menengah dan lepasan sekolah. Modul yang digunapakai memfokus aspek kebaikan akhlak, solat dan sebagainya yang mengutamakan solat berjemaah di semua kem. Kerajaan Negeri menaruh harapan yang tinggi supaya apa yang dipelajari akan dibawa balik dan diamalkan di rumah masing-masing.

 

PERASMIAN OLEH YAB. DATO' SERI MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN PADA 21 JULAI 2009 - SELASA BERTEMPAT DI MASJID AL-ISLAH BANDAR BARU BERIS JAYA SIK.
 
  MAJLIS BERBUKA PUASA    
 SEMBAHYANG SUNAT DZUHA DAN ASAR
 
 PASAR MALAM ISLAM
 
   
 
  ePerkhidmatan

Perkhidmatan Online
sistem online
sistem online

sistem online
sistem online
sistem online

sistem online
Single Sign-on

 
  Kod QR
  see also Promosi eKerajaan
 
  Carian / Quicklink
 
  Langgan Berita
 
  Info
Kemaskini pada 23-07-2014
Jumlah Hit : 7054   (sejak Januari 2011)
Pejabat Daerah Sik
Kompleks Pejabat Daerah Sik, 08200, Sik, Kedah Darul Aman
TEL: 04-4695231, 04-| FAX: 04-4695682| Emel: pds@kedah.gov.my
     rss
Paparan Terbaik dengan Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8 , Paparan Skrin 1024 x 768
Penafian || Dasar Privasi || Keselamatan || Maklumbalas / Komen
Hakcipta Terpelihara  Pejabat Daerah Sik
WCAG 2.0 (Level AA)