A- A A+
     
 
 


URUSAN KAUNTER

 

KAUNTER AWAM.

HARI : AHAD HINGGA RABU

JAM   : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG

HARI: KHAMIS

JAM : 8.00 PAGI - 3.30 PETANG

KAUNTER BAYARAN.

HARI : ISNIN  HINGGA RABU

JAM   : 8.00 PAGI - 3.30 PETANG.





  • Kota Setar
  • Profail Jabatan
  • Perkhidmatan
  • Piagam
  • Dasar Utama
  • Direktori
  • Soalan Lazim
 
  web designing hyderabad Menu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Orang Ramai
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Perniagaan
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Penjawat Awam
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Hubungi
  web development hyderabad
  Galeri PDKS
  web development hyderabad
  web development hyderabad
 
  Pautan
Portal KedahPortal MyGovernment
http://www.halal.gov.my http://www.epbt.gov.my 
rss
 
 
  Bantuan
 
  Undian
Portal ini memberikan maklumat yang anda cari?



  Keputusan
 
 
Home  Kota Setar  Muzium Padi a 
 dengar   cetak   pdf   emelkan

MUZIUM PADI

 

Muzium Padi Kedah Darul Aman yang terletak di Gunung Keriang, Alor Setar telah dibuka dengan rasminya oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH pada 12 Oktober 2004 bersamaan 27 Syaaban 1425 Masihi.

Terletak di kawasan Gunung Keriang . Bangunannya yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan disekelilingnya. Bernilai lebih RM24 juta didirikan di atas tanah seluas 12,000 meter persegi.

 Bangunan ini terbahagi kepada 3 aras :

Aras pertama terletaknya pejabat pentadbiran dan bilik mesyuarat. Di sini juga terdapat kedai cenderamata , kaunter tiket dan ruangan pameran. Pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan persawahan tradisional seperti onak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain.

 

Aras kedua menpunyai 6 bilik mini galeri dengan keluasan 2,288 meter persegi, memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga ke zaman sekarang. Terdapat juga sebuah lukisan yang menggunakan teknik semburan batu kristal yang pasti membuat anda terpesona dan pada mereka yang ingin menambah pengetahuan.

Dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ditayangkan setiap hari dan dari aras dua ini juga pengunjung boleh melihat aktiviti-aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai.

 Aras ketiga pula merupakan laluan menerusi anak tangga menuju ke ruang dewan . Di sini terdapat ruang tempat duduk berputar dengan kapasiti 40 pengunjung. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman padi pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap di mana mural ini mempunyai ketinggian lapan meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia.

Ruang pemerhatian di aras ini boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu masa dan terletak di atas platform berputar Pengunjung perlu mendaki 59 anak tangga di mana boleh sampai kepuncak Gunung Keriang dan di sini pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang.

Di dalam bangunan ini terdapat artifak-artifak penanaman padi kaedah baru dan lama. Para pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana padi di tanam. Alatan-alatan yang digunakan juga dipamerkan untuk para pengunjung. Dimana muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.

Berbagai-bagai jenis barangan seperti baju T, alat tulis, karaftangan yang berkaitan dengan padi disediakan di sini untuk dijadikan sebagai buah tangan dan makanan ringan, kuih tradisi Kedah yang berasaskan padi seperti karas, sagon, emping, kuih loyang yang sudah semestinya dihasilkan oleh orang tempatan.

Bagi yang ingin mencuba pengalaman baru, bolehlah belajar memukul (membanting) padi dan menumbuk padi di sini dan untuk penggemar ikan, boleh juga melihat alat-alat menangkap ikan yang hampir pupus, antaranya sepila, tuar, bubu serta tangkul di samping boleh mengenali ikan-ikan seperti puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi. 

 

 
 

 

 
 
 
 
  ePerkhidmatan

Perkhidmatan Online
sistem online
sistem online

sistem online
sistem online
sistem online

sistem online
Single Sign-on

 
  Kod QR
  see also Promosi eKerajaan
 
  Carian / Quicklink
 
  Langgan Berita
 
  Info
Kemaskini pada 08-12-2014
Jumlah Hit : 23167   (sejak Januari 2011)
Pejabat Daerah Kota Setar
Aras 2, Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, Persiaran Jubli Emas, Jalan Suka Menanti. 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman
TEL: 04 732 2444| FAX: 04 730 5498| Emel: pdks@kedah.gov.my
     rss
Paparan Terbaik dengan Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8 , Paparan Skrin 1024 x 768
Penafian || Dasar Privasi || Keselamatan || Maklumbalas / Komen
Hakcipta Terpelihara  Pejabat Daerah Kota Setar
WCAG 2.0 (Level AA)