A- A A+
     
 
 








  • Profail Jabatan
  • Piagam
  • Perkhidmatan
  • Direktori
  • Pekeliling / Dasar
  • Soalan Lazim
 
  web designing hyderabad Menu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Orang Ramai
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Perniagaan
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Penjawat Awam
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Hubungi
  web development hyderabad
  Pautan PDKM
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
 
  Pautan
Portal KedahPortal MyGovernment
http://www.halal.gov.my http://www.epbt.gov.my 
rss
 
 
  Bantuan
 
  Undian
Portal ini memberikan maklumat yang anda cari?



  Keputusan
 
 
Home  Orang Ramai   Permohonan Lesen Hiburan
 

LESEN HIBURAN

( Enakmen Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 1997 )

Terdapat 2 jenis permohonan Lesen Hiburan, iaitu :

1.  Lesen Hiburan - Tetap

     ( Mempunyai premis - contohnya : Lesen Karaoke, Snooker, Cyber Cafe )

2. Lesen Hiburan - Sementara

     ( Contohnya  :  Wayang Cina, Ekspo, Wayang Kulit, Funfair )

 

Lesen Hiburan - Premis

Mesti kemukakan borang permohonan 90 hari (3 Bulan ) sebelum tarikh operasi

Berikut adalah senarai hiburan yang termasuk dalam kategori di atas :

1. Billiard / Snooker

2. Bowling

3. Pawagam Mini ( Cineplex )

4. Karaoke

5. Kugiran & Nyanyian ( Live Band )

6. Pusat Hiburan Keluarga

7. Permainan Komputer

8. Mahjong Persatuan

9. Corong Muzik

10. Juke Box

11. Cyber Cafe

Pemohon yang ingin memohon lesen hiburan, hendaklah menggunakan borang BLH01 dan kemukakan ke Pejabat Daerah Kuala Muda 3 bulan ( 90 hari ) sebelum memulakan operasi. Bayaran lesen hiburan tetap dibuat secara tahunan. Antara dokumen yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut :

1. Borang Permohonan Jadual A ( 6 salinan )

2. 6 keping salinan Kad Pengenalan pemohon. ( A4 )

3. 2  keping gambar pemohon berukuran pasport. ( Warna )

4. 6 keping salinan Pendaftaran Perniagaan ( SSM ).

5. 6 salinan Perjanjian Jual Beli / Sewa Bangunan / Geran ( Hakmilik ).

6. 6 salinan Pelan Lokasi dan Lantai Bangunan mengikut Pelan Bangunan yang telah diluluskan.

7. 6 keping salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan ( disahkan ) dan Senarai AJK bagi permohonan 

    Lesen Mahjong Persatuan.

8. 6 keping senarai nama mesin permainan dan gambar mesin bagi permohonan lesen Pusat

    Hiburan Keluarga, simulator & permainan komputer. 

Setelah semua dokumen lengkap diisi, sila kembalikan kepada pihak Pejabat Daerah Kuala Muda bagi proses seterusnya.

Setiap pemohonan akan dihantar ke jabatan teknikal iaitu Polis, MPSPK dan Balai Bomba & Penyelamat untuk mendapat komen / ulasan setelah ketiga-tiga jabatan memberi komen. Permohonan akan dikemukakan ke dalam Mesyuarat AJK Perlesenan untuk dipertimbangkan.  Surat kelulusan atau permohonan tidak diluluskan akan dihantar kepada pemohon.

Lesen Hiburan - Sementara

Kemukakan borang permohonan 30 hari ( 1 bulan ) dari tarikh beroperasi.

Berikut adalah senarai hiburan yang termasuk dalam kategori di atas :

1. Pementasan

2. Orkestra

3. Konsert

4. Akrobatik

5. Silap Mata

6. Bangsawan

7. Teater

8. Wayang Cina

9. Opera

10. Wayang Kulit

11. Wayang Tongkol

12. Expo

13. Pameran

14. Pentas Ria

15. Tinju

16. Silat

17. Dll.

Pemohon yang ingin memohon lesen hiburan sementara perlu menggunakan borang BLH01 dan kemukakan kepada Pejabat Daerah Kuala Muda. Permohonan harus dibuat dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh pertunjukan. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

1. Borang Permohonan Lesen Hiburan Sementara ( 6 salinan ) BLH01

2. 6 keping salinan Kad Pengenalan pemohon ( A4 ).

3. 3 keping gambar pemohon berukuran pasport ( Warna ).

4. 6 salinan butir-butir pementasan.

5. 6 salinan butir-butir peserta yang mengambil bahagian.

Setelah semua dokumen lengkap diisi, sila kembalikan kepada pihak Pejabat Daerah Kuala Muda bagi proses seterusnya. Borang yang lengkap akan dihantar ke jabatan teknikal. Komen dari jabatan teknikal diterima. Sekiranya disokong pemohon diminta membuat bayaran sebelum memulakan operasi. Kadar bayaran tertakluk kepada jadual di dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Makluman

Sebanyak 6 salinan diperlukan bagi setiap permohonan lesen kerana setiap permohonan perlu dihantar kepada jabatan teknikal untuk sokongan / bantahan :

Jabatan yang terlibat adalah :

1. Majlis Perbandaran Sungai Petani

2. Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda - 2 salinan

3. Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Muda

Bayaran

Kadar bayaran bagi lesen hiburan adalah tertakluk kepada Jadual di dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. Jadi kadar bayarannya berbeza-beza bagi setiap jenis lesen. Bayaran akan dibuat setelah permohonan lesen diluluskan.

NOTA : Pembaharuan Lesen Hiburan hendaklah dibuat 3 bulan sebelum tamat tempoh lesen.

 
  ePerkhidmatan

Perkhidmatan Online
sistem online
sistem online

sistem online
sistem online
sistem online

sistem online
Single Sign-on

 
  Kod QR
  see also Promosi eKerajaan
 
  Carian / Quicklink
 
  Langgan Berita
 
  Info
Kemaskini pada 28-08-2014
Jumlah Hit : 14020   (sejak Januari 2011)
Pejabat Daerah Kuala Muda
PEJABAT DAERAH KUALA MUDA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
TEL: 04-4211963 / 42| FAX: 04-4214998 / 42| Emel: pdkm@kedah.gov.my
     rss
Paparan Terbaik dengan Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8 , Paparan Skrin 1024 x 768
Penafian || Dasar Privasi || Keselamatan || Maklumbalas / Komen
Hakcipta Terpelihara  Pejabat Daerah Kuala Muda
WCAG 2.0 (Level AA)