Selesai Iddah apabila datang haid yang keempat termasuk haid semasa cerai
IDDAH WANITA HAMIL
Iddah wanita hamil berakhir apabila melahirkan anak samaada hidup atau mati ,sudah sempurna atau masih gumpalan daging(mengikut doktor gumpalan daging tersebut adalah bakal janin)dan Jika hanya gumpalan darah maka iddahnya belum berakhir.
IDDAH KANAK-KANAK DAN WANITA MENOPAUSE
3 bulan dari tarikh cerai
Jika wanita itu tidak datang haid kerana menyusu ,nifas dan berpenyakit atau kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui maka dia hendaklah menunggu hingga umur menopause ,selepas itu menunggu hingga 3 bulan
IDDAH WAFAT
Jika isteri tidak mengandung - Tempoh Iddah 4 bulan 10 hari
Jika isteri mengandung - Selesai Iddah apabila melahirkan anak itu samaada hidup atau mati atau gugur seketul daging yang berupa anak adam walaupun kurang jelas seperti biasa dan mengikut pakar itulah kandungan yang sebenar
Sekiranya suami mati ketika isteri masih di dalam iddah talak rajie dan dalam keadaan mengandung - selesai iddahnya apabila melahirkan seluruh janin yang dinisbahkan kepada suami yang mati
Sekiranya suami meninggal dan isteri didalam iddah rajie dan tidak mengandung - Tempoh Iddahnya 4 bulan 10 hari
IDDAH SEBELUM HUBUNGAN KELAMIN
Diceraikan sebelum hubungan kelamin dengan suaminya
- Tiada Iddah
Jika suami mati sebelum hubungan kelamin
- 4 bulan 10 hari dan berhak mewarisi pusaka suaminya
ePerkhidmatan
Pengguna :
Promosi eKerajaan
Carian / Quicklink
Langgan Berita
Info
Kemaskini pada 19-11-2011
Jumlah Hit : 2812
(sejak Mac 2011)
Pejabat Agama Pendang
Pejabat Agama Pendang, 06700 Pendang, Kedah.
TEL: 04-7596024| FAX: 04-7590790| Emel: padp@kedah.gov.my