Setiap pasangan yang bernikah didalam Negeri Kedah boleh membuat permohonan kad nikah pintar yang terdapat di Pejabat Agama Daerah Pendang. Kad nikah ini dilengkapi cip yang mengandungi maklumat pasangan berkenaan.
PROSEDUR PERMOHONAN
Borang permohonan di Pejabat Agama Daerah
Permohonan akan di terima bagi pasangan yang bernikah di dalam daerah sahaja(Pasangan yang berkahwin sebelum Mac 2010/Pasangan yang berkahwin selepas Mac 2010 adalah diwajibkan).
Bayaran permohonan RM 40 untuk 2 keping Kad Nikah Pintar
sertakan bersama:
- Salinan kad pengenalan suami / isteri disahkan
- 2 keping gambar suami isteri ukuran passport (Lelaki bersongkok/perempuan
bertudung)
- Satu salinan surat nikah yang disahkan
Permohonan dijangka siap 3 bulan dari tarikh permohonan
TUNTUTAN KAD NIKAH PINTAR
Pemohon akan dihubungi melalui telefon .Sekiranya pemohon tidak dihubungi selepas tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan ,pemohon bolehlah berhubung dengan Pejabat Agama di talian 04 4701232 - Unit Kad Nikah Pintar .
Pemohon dikehendaki datang sendiri ke Pejabat Agama untuk mengambil Kad Nikah bagi tujuan pengesahan melalui Cap jari pemohon dan pasangan .