A- A A+
     
 
 


Logo JKM



Pertanyaan :: Aduan :: Bantuan



Logo Karisma



Pembukaan Kaunter JKM, UTC Kedah

Kaunter JKM telah dibuka, lokasi di tingkat 2, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah.




 
  web designing hyderabad Menu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  PKMD&Institusi Kebajikan
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  web development hyderabad
  Direktori
  web development hyderabad
  Pemulihan Dalam Komuniti
  web development hyderabad
  web development hyderabad
 
  Pautan
Portal KedahPortal MyGovernment
http://www.halal.gov.my http://www.epbt.gov.my 
rss
 
 
  Bantuan
 
  Undian
Portal ini memberikan maklumat yang anda cari?



  Keputusan
 
 
BERITA ARKIB

ARKIB - 25-Mar-2013 : Bengkel Pemahaman Pelan Strategik 2013

Bengkel Pemahaman Pelan Strategik 2013 telah diadakan di Asrama Akhlak Pokok Sena pada 25 Mac 2013, Pada bengkel ini telah diadakan taklimat Overview Pelan Strategik 2013, Rumusan, Bengkel Selari bagi 6 Teras Strategik dan Majlis Penutup oleh PKMN Kedah, Bengkel ini telah dihadiri hampir 300 orang kakitangan JKM Kedah. Majlis berakhir pada jam 4.30 petang.
 

ARKIB - 16-Jul-2012 : Pembentangan Anugerah Inovasi 2012 Peringkat JKMN Kedah

Pembentangan bagi Anugerah Inovasi 2012 bagi Peringkat JKM Negeri Kedah telah diadakan di Bilik Seminar, PKS OKU Bedong pada 16 Julai 2012. Kategori Anugerah Inovasi 2012 adalah KIK, AI3P(Pengurusan Pelanggan), Inovasi, Pengurusan Kewangan dan AIICT.
KIK(PKMD Yan&Pendang), Inovasi(PKMD Kulim,Bandar Bharu,TSH Jitra) Pengurusan Kewangan(Ibu Pejabat,JKMN,RSK Bedong), AI3P(PKMD Kuala Muda, Ibu Pejabat, JKMN & PKMD Kubang Pasu) dan AIICT(Kota Setar).

ARKIB - 16-Jun-2012 : Program Gempur KAR1SMA 1AZAM Daerah Kubang Pasu

Program ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam melaksanakan program bantuan kemasyarakatan bagi meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah tidak tercicir daripada menikmati faedah pembangunan dan kemakmuran negara. Program telah diadakan di SK Malau. Majlis dirasmikan oleh DUN, Jitra Yb Dato' Saad bin Haji Man.

ARKIB - 08-Jun-2012 : Program Jelajah Janji Ditepati

Pembukaan kaunter JKM, sempena Program Jelajah Janji Ditepati pada 8 Jun 2012 bertempat di Kulim Hi Tech, Kulim. Pada program ini beberapa kementerian telah mengambil bahagian, pengunjung yang hadir seawal jam 8 pagi turut berpeluang melihat bahan pameran dan mendengar amanat disampaikan YAB Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan program berkenaan.

ARKIB - 21-May-2012 : Latihan ICT#2- Koswer dan Portal PDK*Net

Latihan ini telah dijalankan di Makmal INSPIN, Kedah pada 21 Mei hingga 24 Mei 2012. Sepanjang latihan peserta di latih untuk penggunaan Koswer pembelajaran dan pengajaran OKU dan portal PDKNet. Portal PDKNet merupakan gerbang maklumat dan ianya memberi kemudahan kepada komuniti PDK seperti kaedah pemulihan, promosi hasil produK PDK, selain itu, komuniti PDK dapat saling berhubung antara komuniti PDK di seluruh Malaysia melalui portal ini. Peserta adalah terdiri dari Penyelia PDK, Petugas dan kanak-kanak OKU. Portal PDKNet : http://www.pdknet.com.my/

ARKIB - 08-May-2012 : Seminar Kesedaran Pemulihan Kanak-kanak - Projek PDK*Net
Ceramah "Memahami Psikologi Kanak-kanak Berkeperluan Khas" di sampaikan oleh: Normasura Hj Jani & Dr Yasmin Hussein. Peserta seminar kanak-kanak OKU, ibu bapa dan pelatih PDK. PDK ATM S. Petani, PDK Teluk Cengal, PDK Changloon dan PDK Bedong.

ARKIB - 07-May-2012 : Bengkel Latihan & Perluasan Sistem Maklumat OKU (SMOKU) Fasa II

Bengkel ini telah diadakan di Pusat Khidmat Setempat OKU Bedong pada 7 hingga 9 Mei 2012. Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU), sistem ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan mempercepatkan proses permohonan pendaftaran dan pengeluaran kad OKU melalui atas talian kepada semua golongan OKU. Beberapa penambahbaikan sistem telah di beri secara 'hand-ons' pada bengkel tersebut.

ARKIB - 26-Apr-2012 : Program Explorasi Diri Kakitangan JKMN Kedah Siri 2/2012

Program ini telah diadakan di Gua Kerbau, Kodiang, Kedah, Seramai 30 orang kakitangan telah hadir. Para peserta dibimbing untuk berfikiran positif, berani dan berkeyakinan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antara aktiviti adalah permainan rakyat, meneroka gua dan mendaki Gunung Kerbau dengan dibantu oleh pegawai JPAM, disebelah petang pula aktiviti kakitangan bersama penduduk kampung Kodiang Lama bergotong-royong membersihkan dewan, memasak dengan masyarakat setempat dan pada program ini, JKM Daerah Kubang Pasu telah membuka kaunter.

ARKIB - 23-Apr-2012 : Latihan Perluasan eJKM (Bahagian 2)
Bahagian Perancangan dan Pembangunan JKMM telah mengadakan latihan penggunaan sistem eJKM yang telah dihadiri oleh kakitangan JKMN Kedah dan kakitangan Pejabat Kebajikan Daerah yang terlibat dengan 13 modul di bawah sistem eJKM.  Sesi latihan ini telah diadakan pada 23 hingga 26 April 2012 bertempat di INSPIN Kedah.

ARKIB - 22-Apr-2012 : Kempen Pendaftaran Taska & OKU
Kempen pendaftaran Taska & OKU telah diadakan di Kulim Landmark Central. Program ini juga telah diselitkan majlis dialog bersama dengan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat YB Senator Datuk Heng Seai Kie, Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah,Jabatan Kesihatan dan Bomba. Kaunter Pendaftaran bagi Taska & OKU telah dibuka untuk pendaftaran.

ARKIB - 19-Apr-2012 : Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) ke Pusat Khidmat Setempat OKU Bedong

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke PKS OKU Bedong pada 19 April 2012. Sempena lawatan kerja ini taklimat berkenaan fungsi dan peranan PKS OKU sebagai PDK One Stop Centre telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian JPOKU,  serta meninjau pengoperasian PKS OKU di Bedong. Warga JKMN Kedah mengucapkan terima kasih di atas lawatan ke PKS OKU Bedong.

ARKIB - 16-Apr-2012 : Kursus Asas ICT- Projek Perluasan PDKNet
Melalui Program PDKNet, antara aktiviti adalah Kursus Asas ICT yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 16 Apr-19 Apr 2012. Kursus tersebut telah dijalankan di Bilik Latihan ICT, INSPIN, Kedah. Peserta dari PDK Changloon, PDK Teluk Cengal, PDK Bedong, PDK ATM SP telah hadir, peserta adalah terdiri daripada penyelia, petugas, ibu bapa dan pelatih-pelatih OKU. Sepanjang kursus ini peserta diajar secara hand ons mengendalikan komputer, mail & internet.

ARKIB - 29-Mar-2012 : Program Explorasi Diri Kakitangan JKMN Kedah Siri 1/2012

Program EXPLORASI DIRI Kakitangan adalah program yang dilaksanakan untuk pembinaan kendiri unggul. Program ini telah diadakan di Taman Tasik Jitra, Kakitangan dikumpulkan dalam satu program pengisian mencakupi aspek Spiritual, Fizikal, Emosi & Sosial. Para peserta dibimbing untuk berfikiran positif, berani dan berkeyakinan. Penekanan utama ialah betapa pentingnya jati diri dan nilai positif di dalam diri. 

ARKIB - 27-Mar-2012 : Seminar Perluasan PDKNet 2012

Seminar Perluasan PDKNet 2012 diadakan di PKS OKU Bedong untuk memberi pendedahan teknologi maklumat kepada komuniti dan OKU, peserta yang hadir adalah waris anak-anak OKU, OKU, Pelatih, Penyelia, Penyelaras, J/Kuasa & NGO bagi PDK terlibat di JKMN Kedah (PDK Teluk Cengal, Changlon, Bedong, ATM S.Petani), melalui program PDKNet, dapat memberi pengetahuan teknologi maklumat, membantu proses pembelajaran dan pemulihan OKU, seterusnya merapatkan jurang digital yang wujud dalam komuniti PDK.

ARKIB - 14-Feb-2012 : Lawatan Pn Sri Noorainee Abdul Rahman Isteri TPM ke PDK Jitra
Lawatan dan Majlis Perasmian Bengkel Kuih Muih Tradisional di Pusat Dalam Komuniti Jitra pada 14/2/2012.

ARKIB - 07-Feb-2012 : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M JKMN Kedah
Pada 14 Rabiul Awal 1433H bersamaan 7 Februari 2012 , bertempat di Asrama Akhlak (L) Pokok Sena telah berlansung Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433H/2012 M Peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah.     Majlis ini bermula pada jam 9.30 pagi dengan  selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. secara beramai-ramai di dalam dewan dan majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Burdah dan Ceramah Maulidur rasul (dari Madrasah Al-Yamani).

ARKIB - 31-Jan-2012 : Mesyuarat Penyediaan Pelan Strategik JKMN Kedah
Aktiviti adalah Pembentangan & Perbincangan Pelan Strategik yang melibatkan Ketua-Ketua unit Ibu pejabat JKMN Kedah, PKMD dan Institusi, Pelan Strategik ini merangkumi hala tuju, aspirasi, strategi-strategi utama dan pelan tindakan bagi memastikan JKMN Kedah berupaya menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan.

ARKIB - 31-Dec-2011 : Operasi Gejala Sosial Bersepadu Tahun Baru 2012
Pada 31 Disember 2011, JKMNK bersama beberapa agensi lain telah mengadakan operasi gejala sosial pada pukul 12.00 malam sehingga jam 5 pagi. Kerjasama daripada jabatan-jabatan yang terlibat  amat memberangsangkan dan mereka sama-sama turun pada bagi menjalankan operasi ini. Lokasi-lokasi yang menjadi sasaran bagi operasi ini adalah di sekitar pusat Bandar Alor Setar.

ARKIB - 13-Dec-2011 : Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Negeri Kedah

Majlis ini telah berlangsung di Sek. Kebangsaan Tanah Merah Pendang. Tema sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini adalah "KARISMA OKU: MELONJAK POTENSI".  Tema yang dipilih bertujuan untuk memupuk semangat juang dan memberi peluang dan ruang kepada OKU supaya mereka tidak merasa tersisih dari arus perdana pembangunan negara.
Antara program dan aktiviti yang berlangsung sempena sambutan tersebut termasuklah pameran, persembahan warga OKU, penyampaian anugerah Gerai PDK Tercantik, Kontijen Terbaik, Karisma OKU, PDK Cemerlang dan OKU Cemerlang.
Majlis dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' Paduka Haji Md. Rozai Bin Shafian, Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAYANG) Parlimen Pendang. Diharapkan sambutan pada kali ini mencapai objektif.

ARKIB - 12-Dec-2011 : Taklimat Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Zon Utara

Roadshow Taklimat SBPA Kepada Pegawai Di Jabatan/Agensi Peringkat Negeri Zon Utara telah diadakan di Dewan Seminar, Bangunan KDN, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Anak Bukit dan taklimat ini melibatkan JKMN,LPPKN JPW  bagi negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pualau Pinang.

ARKIB - 29-Nov-2011 : Bengkel Persediaan Menghadapi Bencana Bagi Sukarelawan


Seramai 47 orang Sukarelawan dari 5 daerah iaitu daerah Sik, Kulim, Bandar Bharu, Baling dan Kuala muda telah hadir ke bengkel. Peserta telah diberi taklimat daripada MKN berkenaan arahan MKN20 dan taklimat pengurusan bencana oleh pegawai JKMN Kedah. Melalui bengkel ini peserta Sukarewan yang hadir mendapat pendedahan yang sangat berguna dan membantu peserta dalam tindakan menghadapi bencana dan melalui bengkel ini juga direktori Sukarelawan telah dikemaskini. Turut hadir, Pengarah JKMN Kedah, Tuan Haji Zulkiply bin Ramli. 

ARKIB - 10-Nov-2011 : Lawatan Ketua Pengarah JKMM
Lawatan Ketua Pengarah JKMM ke Pusat Pemindahan Banjir di Kg. Lahar, Kubang Pasu dan Depoh  Simpanan Keperluan Bencana, Bedong. Depoh ini menempatkan barang-barang bantuan bencana. Lawatan adalah sebagai persiapan dan persediaan JKM jika berlakunya banjir di Kedah.

ARKIB - 09-Nov-2011 : Program Kerohanian Sempena Aidiladha
JKM Kedah turut tidak ketinggalan menganjurkan Program Kerohanian Sempena Aidiladha. Pengisian Program adalah ceramah agama dan Ibadah Korban yang diadakan di Dewan Taman Sinar Harapan, Jitra.

Program korban merupakan salah satu aktiviti keagamaan setiap tahun, program ini bagi menghidupkan erti pengorbanan yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim Alaihisalam dan Nabi Ismail Alaihisalam ketika melaksanakan perintah Allah SWT menjadikan ibadat korban mempunyai hikmah tersendiri untuk dihayati oleh setiap orang Islam.

 

 

ARKIB - 25-Oct-2011 : Sambutan Hari Kanak-kanak Negeri Kedah 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Kedah, bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan tanggungjawab kepada kanak-kanak.

Antara aktiviti adalah Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring Kanak-kanak, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak PDK, Persembahan Nasyid, Persembahan dari 2 orang pemenang Rancangan Adik-adikku, Penyataan CRC dan Pameran. Pada kali ini JKMN Kedah memperkenalkan Tokoh Kanak-kanak Sejahtera dimana cemerlang dalam pelajaran dikalangan anak-anak penerima bantuan.

Majlis dirasmikan oleh YB Ustazah Siti Ashah binti Haji Ghazali, Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah.

 

ARKIB - 22-Oct-2011 : Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Negeri Kedah 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan di Dewan Harapan, Taman Sinar Harapan, Jitra, Tema adalah Menjana Karisma Kanak-kanak. PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia pada tahun 1959 dan semua negara telah meraikan setiap tahun bagi membuktikan keprihatinan masyarakat akan tanggungjawab kepada kanak-kanak.

Antara aktiviti adalah Perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring antara kakitangan dan pelatih AAPJ/AAPS, Sukaneka, Peragaan Pakaian, Persembahan Kanak-kanak AAP Jitra,  Penyataan CRC dan Bahas Ala Parlimen oleh Pelajar Sekolah. Majlis dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato' Wira Mohd Johari Baharom.

ARKIB - 06-Oct-2011 : Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Tahun 2011

Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di PJH Warga Emas, Sg. Kob, Kulim, Kedah.
Pelancaran Sambutan Hari  Warga Emas Peringkat Negeri Kedah Darul Aman telah
dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.
Tema sambutan pada tahun ini ialah "SIHAT,POSITIF,AKTIF: WARGA EMAS SEJAHTERA".
Pengisian program dan acara sambutan telah diadakan sebagai satu inisiatif untuk menceriakan lagi program Sambutan Hari Warga Emas  bagi menggerakkan penyertaan aktif komuniti  warga emas sebagai warga sihat yang bergiat aktif serta dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan bangsa dan negara. Antara pengisian program adalah Marhaban, Senam Wai Tan Kong, Ceramah Agama, Acara Baitul Sa'adah dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Sukarelawan Cemerlang, Pertubuhan Sukarela Kebajikan  Cemerlang dan Pemenang Baitul Sa'adah.

ARKIB - 01-Oct-2011 : Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan Tahun 2011
Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2011 telah berjaya diadakan pada 1 Oktober 2011 sekali gus merasmikan Komplek Penyayang Sungai Petani. Majlis bermula seawal jam 7.00 pagi dengan acara Larian Inter-Generasi, Senaman Wai Tan Kong, Sukaneka dan Pameran. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian dan penyempurnaan gimik perasmian Kompleks Penyayang Sungai Petani dan menandatangani plak oleh Y.B Menteri KPWKM Dato' Sri Shahrizat Abd Jalil.

ARKIB - 19-Sep-2011 : Perhimpunan Bulanan dan Majlis Jamuan Hari Raya

Perhimpunan Bulanan JKMN Kedah 2011 telah diadakan pada 19  September 2011 bertempat di Kompleks Penyayang, Sungai Petani. Y.Bhg Tuan Haji Hidzir bin Md Zain, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah menyempurnakan perhimpunan kali ini. Antara perkara yang ditekankan didalam ucapan beliau adalah berkenaan dengan budaya yang perlu diamalkan dan diterapkan iaitu melalui Formula 6M iaitu Merekod, Melapor, Memasar, Mendengar, Menyokong dan Memudahkan dilaksanakan semasa menjalankan tugas. Perhimpunan kali ini dihadiri seramai 150 warga JKMN Kedah.   

ARKIB - 23-Jul-2011 : Program Merisik Khabar
Program Merisik Khabar bertempat di Surau Al Hasanat, Kampung Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah, program ini di anjur oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Neg. Kedah.
Y.Bhg Dato’ Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, DIMP telah merasmikan program ini dan menyampaikan hadiah bantuan kepada penduduk-penduduk yang terlibat, seterusnya menandatangani Plak Pembaikan Surau, memberikan sumbangan ambang ramadhan, lawatan ke gerai pameran dan seterusnya meraikan majlis kenduri kampung. Program seperti ini dapat memberi peluang kepada penduduk kampung khususnya untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Selain itu juga, ia membuka peluang kepada perniaga-perniaga OKU untuk memasarkan produk jualan mereka. Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat amat menggalakkan.   

ARKIB - 25-Apr-2011 : PERTANDINGAN FUTSAL (PELAJAR, LELAKI & WANITA)

KARNIVAL AMAL HARI PENYAYANG YAYASAN SULTANAH BAHIYAH 2011
ANJURAN : YAYASAN SULTANAH BAHIYAH 
PENGELOLA : KOMUNITI BESTARI 1 MALAYSIA KML TUALANG

PADA : 5,6,& 7 MEI 2011 (KHAMIS, JUMAAT DAN SABTU) JAM 8.00 PAGI
TEMPAT : PERKARANGAN STADIUM DARULAMAN, ALOR SETAR (2 GELANGGANG)

 

ARKIB - 13-Apr-2011 : EMAIL PALSU MAYBANK

Minta abaikan email ini jika tuan/puan menerima email seperti kandungan berikut

 

ARKIB - 29-Mar-2011 : Lebih dari 150 buah rumah musnah dipukul ribut di Kedah petang semalam

Lebih dari 150 buah rumah musnah dipukul ribut di Kedah petang semalam

ALOR SETAR – Lebih 150 rumah rosak manakala sebuah daripadanya ranap sama sekali akibat dilanda ribut kencang yang disertai hujan lebat petang semalam.

Lagi Berita ... 

 

ARKIB - 29-Mar-2011 : 220 rumah rosak dipukul ribut, banjir di Kedah - Utusan Malaysia Online

29/03/2011 3:24pm

ALOR SETAR 29 Mac - Lebih 220 buah rumah di daerah Kota Setar, Padang Terap dan Kubang Pasu rosak akibat dilanda ribut kencang yang disertai hujan lebat petang semalam.

Lagi Berita ...

ARKIB - 29-Mar-2011 : Lapan kampung di Baling dilanda banjir - Berita Harian Online

29/03/2011

BALING: Lapan kampung di sekitar Kupang yang membabitkan kira-kira 1,000 penduduk dilanda banjir awal hari ini.

Lagi Berita ...

 

ARKIB - 24-Mar-2011 : Gangguan Operasi Sistem e-Bantuan
Dimaklumkan sistem e-Bantuan akan mengalami gangguan dari semasa ke semasa mulai 24 - 31 Mac 2011. Gangguan ini disebabkan oleh kerja-kerja penambahbaikan capaian dan ujian sistem. Lagi Berita .......

ARKIB - 01-Mar-2011 : Hadzir dilantik Ketua Pengarah JKM - Berita Selanjutnya ....
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Pembangunan Negeri Kedah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Hadzir Md Zain (gambar) dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkuatkuasa 1 Mac 2011.

ARKIB - 13-Feb-2011 : 31 Jan (Bernama)

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Noraini Mohd Hashim akan memangku jawatan Ketua Pengarah JKM mulai Selasa berikutan persaraan Datuk Meme Zainal Rashid. Lagi Berita ...

 
  ePerkhidmatan

Perkhidmatan Online
sistem online
sistem online

sistem online
sistem online
sistem online

sistem online
Single Sign-on

 
  Kod QR
  see also Promosi eKerajaan
 
  Carian / Quicklink
 
  Langgan Berita
 
  Info
Kemaskini pada 18-12-2014
Jumlah Hit : 31637   (sejak Mac 2011)
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
Aras Bawah, Blk C, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
TEL: 04-7001700| FAX: 04-7313407| Emel: jkmk@kedah.gov.my
     rss
Paparan Terbaik dengan Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8 , Paparan Skrin 1024 x 768
Penafian || Dasar Privasi || Keselamatan || Maklumbalas / Komen
Hakcipta Terpelihara  Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
WCAG 2.0 (Level AA)